BAHAN-BAHAN >1 kg kerang (Bersaiz besar) >1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar) >1 sudu makan kerisik >½ cawan santan pekat >3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) >1 labu bawang besar (Dihiris) >10 biji cili api >3 biji cili merah >Sedikit belacan >(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama) Garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN 1-Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit. 2-Tuskan dan ambil isi kerang sahaja 3-Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan. 4-Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 5-Sedia dihidangkan.