Resepi Nasi Goreng Pattaya yang dimasak bersama Knorr

Resepi Nasi Goreng Pattaya yang dimasak bersama Knorr

Bahan-Bahan: *3 mangkuk nasi - dibiar sejuk *200 g isi ayam - di potong dadu *100 g sayur campur frozen - dibiarkan suhu bilik *4 biji telur - untuk dibalut *4 - 5 sudu besar sos tomato *2 - 3 sudu besar minyak masak *3 sudu besar perencah Knorr Secukup Rasa *2 - 3 sudu besar bawang goreng *2 sudu besar kicap *secubit lada hitam Caranya: 1. Perapkan isi ayam di potong dadu dengan 1 sudu besar serbuk Knorr cukup rasa dan secubit lada hitam untuk 15 minit. 2. Dalam mangkuk lain, masukkan minyak masak, sos tomato, kicap dan 1 sudu besar serbuk Knorr Cukup Rasa dan kacau hingga sebati. 3. Dalam kuali panas, masukkan minyak masak dan tumiskan ayam sehingga keemasan. 4. Masukkan campuran sayur dan nasi, bawang goreng dan bancuhan kicap.  Gaul rata sehingga sebati. 5. Dalam mangkuk asing, pecahkan telur dan masukkan 2 sudu teh serbuk Knorr Cukup Rasa, kicap soya dan secubit lada hitam. Gaul hingga sebati. 6. Tuangkan 1/4 bancuhan telur ke atas periuk panas untuk hasilkan lapisan telur yang nipis. Ulang langkah ini sehingga bancuhan telur habis. 7.Balutkan nasi yang dimasak dengan kulit telur, siap untuk di hidang dengan tambahan sos tomato.


Your cart is currently empty.
Continue shopping