Resepi Begedil Roti Bunga Ros

Resepi Begedil Roti Bunga Ros

Bahan-bahan: 3 biji kentang (digoreng dan lenyek) 1 keping dada ayam (digoreng dan cincang halus) 1 biji cili merah (dicincang) Bawang merah Bawang putih goreng Daun sup Daun bawang 1 sdb lada sulah Roti Gardenia 1 biji telur Garam secukup rasa Cara Penyediaan: 1. Gaulkan kentang, ayam, cili merah, bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, dan lada sulah sehingga sebati. 2. Bentukkan inti tersebut menjadi bulat-bulat kecil. 3. Untuk kulit, potong roti menjadi bentuk bulat-bulat. (Boleh ditekap menggunakan tutup balang atau mulut cawan). 4. Gelek roti supaya leper. 5. Potong kepada 8 bahagian, pastikan roti tidak putus. 6. Sapu permukaan roti dengan tepung yang dibancuh dengan air. 7. Letakkan inti di tengah roti. 8. Tutup inti tersebut dengan roti secara berselang-seli untuk mendapatkan bentuk bunga ros. 9. Celupkan separuh begedil kedalam telur yang telah dipukul. 10. Goreng sehingga begedil berwarna perang keemasan. 11. Sedia untuk dihidang.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping