𝗦𝘂𝗽 1. Rebus air kosong dalam periuk. 2. Masukkan ayam bahagian tulang2 dan juga bahagian dada. 3. Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5. 4. Masukkan 4 biji kecil gula batu, garam, lada putih, kiub pati ayam 1. 5. Biarkan semuanya mendidih dan ayam empuk. 6. Keluarkan dada ayam biarkan sejuk dan carik-carikkan isinya. 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 1. Cincang bawang putih selabu. 2. Panaskan 4sb minyak. 3. Masukkan bawang putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 1. Panaskan 3sb minyak masak. 2. Masukkan sesenduk besar cili kering yang diblend dengan bawang besar. 3. Masukkan 2sb serbuk cili kering babas dan sedikit air. 4. Biar mendidih masukkan gula dan garam. 5. Masak sehingga pecah minyak dan kering. 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗻𝟮 𝗰𝗼𝗻𝗱𝗶𝗺𝗲𝗻𝘁𝘀 𝗹𝗮𝗶𝗻: 1. Fish cake dan bebola ikan bilas dengan air panas. Hiris halus. 2. Daun bawang dan daun sup. 3. Kuey teow bilas air panas.