Pengat Labu Manis

Pengat Labu Manis

Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi.    Bahan-Bahan: >1/2 biji labu >1/2 cawan air >2 sudu besar gula putih >2 helai daun pandan >1 mangkuk besar santan >1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan >1/2 cawan sagu >1/2 -1 sudu kecil garam  Cara Penyediaan: 1)Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air. Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar. 2)Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut. 3)Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih. 4)Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.  Tips: *Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah. *Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul. *Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping