Resepi Nasi Goreng Hailam

Resepi Nasi Goreng Hailam

Bahan-Bahan yang perlu disediakan:  Nasi Goreng : 1-Nasi putih 2-2 ulas bawang putih (dicincang) 3-Kicap secukup rasa 4-Garam secukup rasa  Bahan Untuk Kuah Hailam : -1/2 kiub ayam -5-6 ekor udang -2 cawan air -1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air) -2 sd besar sos tiram -Sedikit serbuk lada hitam -Garam secukup rasa -Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)  Cara-cara untuk memasaknya ialah:- NASI GORENG : 1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata. 2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi. 3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.  KUAH HAILAM : 1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih. 2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram. 3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam. 4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung. 5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat. 6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping