Siakap Laprik Ala Thai

Siakap Laprik Ala Thai

Bahan-bahan (dikisar kasar)  • 6 tangkai cili kering • 8 biji cili padi • 7 ulas bawang putih • 2 pokok akar ketumbar Bahan-bahan lain  • 1 ekor ikan siakap • 1/2 cawan air asam jawa • 2 sudu besar gula • 1 cawan air • 3 sudu besar sos ikan • Daun ketumbar • Garam secukup rasa • Tomato dan cili merah sebagai hiasan Cara Penyediaan 1. Kelar ikan siakap dari belakang hingga ke depan. Sekiranya anda kelar isi ikan, ia akan masak sampai ke tulang. 2. Salutkan ikan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. 3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali, ambil minyak itu dan simbah pada atas badan ikan supaya cepat masak. 4. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing. 5. Masukkan 2 sudu besar gula dan kacau sebati. 6. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sebati dan letak 3 sudu besar sos ikan. 7. Masukkan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ia kering sedikit dan tabur daun ketumbar dan perasakan bersama garam. 8. Siap dan boleh letak kuah di atas ikan yang sudah digoreng garing tadi. Selamat mencuba.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping