Sup Gearbox

Sup Gearbox

Bahan-bahan 1 ½ kilo tulang gear-box atau tulang rusuk lembu 2 biji Bawang besar, di belah empat 8 ulas bawang putih – di belah dua 2 inci halia, di hiris nipis 8 biji buah pelaga 4 biji bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 1 sudu sederhana rempah kurma 1 bungkus sup bunjut garam secukup rasa minyak untuk menumis 3 liter air 1 sudu besar barli daun sup secukupnya perahan air limau nipis secukupnya  Cara membuat 1. Mula-mula rebus tulang gearbox sehingga empuk lebih kurang 1 jam, untuk memastikan daging lembut dan tidak liat, elakkan dari mengacaunya ketika merebus  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan rempah kurma. Tumis sebentar dan tambahkan sedikit air. Selepas itu, tuangkan ke dalam rebusan tulang gear box.  3. Masukkan sup bunjut, perahan limau nipis, air, bali dan garam. Kacau rata dan didihkan sebentar.   4. Sup gearbox sedia untuk dihidang



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping