Bahan bahan:
•¾ ekor ikan jenahak
•3 sudu besar cili kering kisar
•4 ulas bawang putih - ketuk pecah
•50 gram asam jawa - bancuh dengan •150 ml air
•1 sudu kecil garam kasar •400 ml air
•1 batang serai/2 helai daun limau purut
•10 batang kacang bendi
•½ cawan minyak Bahan tumbuk:
•8 biji bawang merah
•1 inci kunyit hidup
•2-3 biji buah keras
Cara cara:
1-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Masukkan juga daun limau purut.
2-Setelah garing, masukkan air asam jawa dan sedikit garam. Masukkan sedikit dulu air.
3-Setelah mendidih, masukkan ikan. Boleh tambah air sehingga kuah menutupi ikan.
4-Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Biarkan dalam 10 minit, bolehlah ditutup api. Nota: Kalau daging, letak halia. Jika suka, boleh juga letak 1 sudu kecil halba.