Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik Serati

Bahan bahan: >1 ekor itik serati >6 sudu besar rempah kerutuk >8 ulas bawang merah  >4-5 ulas bawang putih  >1/2 inci halia  >2 biji kelapa - santan  >2-3 keping asam keping - ikut saiz >2 sudu besar garam  >2 1/2 - 3 sudu besar gula  >1/4 keping gula Melaka  >1-2 sudu besar kerisik - yang dibuat sendiri  Cara cara: 1)Itik serati dicuci bersih. Taburkan sedikit tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian bilas dan cuci bersih. Separuh dari bawang dan halia dihiris halus dan sebahagian lagi dikisar halus.  2)Tumis bawang dan halia hiris sehingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit minyak.   3)Masukkan rempah serbuk kerutuk (tanpa air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga naik minyak. 4)Masukkan itik dan kacau rata sehingga air itik agak kering. 5)Masukkan sedikit santan cair dan masak sehingga santan naik minyak dan hampir kering. Lepas itu, masukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan asam keping.  6)Setelah kuah naik minyak, baru masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 7)Siap untuk dihidangkan



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping