Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao

Bahan-Bahan: >300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub >5 biji cili kering, dipotong dua >2 inci halia muda, hiris nipis >3 ulas bawang putih, hiris nipis >1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil >1/3 biji karot, hiris nipis >1/2 biji bawang besar holand, potong dadu >2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus) >sedikit daun bawang, potong 1 inci panjang >1/2 mangkuk kecil minyak masak  Bahan untuk perapan: >1 sudu besar minyak bijan >2 sudu besar tepung jagung >2-3 sudu besar kicap cair  Bahan untuk sos: >2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis) >1 sudu besar tepung jagung >1 sudu besar kicap cair >1 sudu teh gula 3 sudu besar air  Cara Penyediaan: 1)Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit. 2)Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan. 3)Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. 4)Angkat dan ketepikan. 5)Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. 6)Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. 7)Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. 8)Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.  Tips: Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering. Jika agak kering masukkan sedikit air supaya berkuah



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping