Sambal Terung Ikan Bilis

Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-Bahan: >2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm >1 senduk cili kisar >1 sudu kecil belacan (optional) >1 biji bawang besar, hiris nipis >2 ulas bawang putih >2 sudu besar sos cili >1 mangkuk ikan bilis goreng  Cara Penyediaan: 1)Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air. 2)Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis. 3)Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.  Tips: Hati-hati menambah garam kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping