Bahan-Bahan: >3 biji telur >3 sudu besar susu Full Cream >sedikit garam >keju parmesan/mozarella (optional) >minyak zaitun Bahan untuk filling: >1/3 cawan daging kisar >1/2 biji kentang, diparut kasar >capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis >1/2 biji bawang, dihiris nipis >1/4 sudu kecil serbuk lada hitam >sedikit garam Cara Penyediaan: 1)Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya. 2)Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan. 3)Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. Masak di atas api yang perlahan. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata. 4)Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. 5)Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. 6)Angkat dan hidangkan. Tips: Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.