Sizzling Yee Mee ala food court

Sizzling Yee Mee ala food court

Bahan tumis: √ 5 ulas bawang putih √ 1 inci halia (hiris besar melebar) √ 5 tangkai cili kering (ikut nak pedas) √ 2 sb Minyak masak √ 1 sb Minyak bijan Bahan lain: √ Ayam √ Cendawan shitake √ 3 sb sos tiram √ 5 sb kicap manis √ Lada hitam √ 3 sb kicap cair √ 5 sb tepung jagung (bancuh dgn air) √ Air secukupnya √ Telur √ Sawi √ Yee mee √ Stok ayam Cara menyediakannya: 1. Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil. 3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam. 4. Biarkan sehingga mendidih. Pastu masukkan air. Masak sehingga ayam betul2 empuk. 5. Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk. 6. Perasakan dengan stok ayam jika mahu. 7. Kemudian masukkan air tepung jagung dan masak hingga pekat. (Sifir dia saya buat 1 ekor ayam = 1 labu bawang putih saiz besar) *saya masak yee mee dalam pan je. Ceduk 2senduk kuah, masukkan yee mee & sawi. Agak gelegak kuah pecahkkan telur & masukkan lagi kuah. Bila mee dah lembut telur agak2 masak boleh angkat & hidangkan. Makan dgn cili potong.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping