BAHAN-BAHAN >1 ekor ayam (Dipotong 16) >5 kacang bendi >3 ulas bawang putih >4 labu bawang besar >3 inci halia <( Bawang putih, bawang besar dan halia ditumbuk halus) >3 sudu makan serbuk rempah kari daging >2 inci kulit kayu manis >3 sudu makan tomato puri >½ cawan minyak masak >1 cawan susu cair >Garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN 1)Rebuskan kacang bendi sehingga lembut. Angkat dan rendamkan di dalam mangkuk berisi air sejuk. Kemudian tuskan. 2)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk halus, kulit kayu manis, dan serbuk rempah kari sehingga wangi dan pecah minyak. 3)Masukkan ayam, susu cair, tomato puri, dan garam. Kemudian kacau rata. 4)Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak. 5)Hidangkan dengan bendi yang sudah direbus.