Bahan-Bahan: •300g daging, rebus smpai lembut •1 biji bawang besar, hiris nipis •1 batang serai, hiris nipis •1 biji tomato, hiris nipis •5-7 biji cili padi, hiris nipis •2 sudu besar sos ikan •1 biji limau nipis, ambil jus •3 helai daun limau purut, hiris halus •garam dan gula secukup rasa Cara Penyediaan: 1-Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat. 2-Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas. 3-Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas. Tips: Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.