*Bahan-Bahan*: Bahan-bahan untuk kisar halus: >7-8 biji bawang merah >5 ulas bawang putih >3 inci halia >2 inci kunyit hidup >2 inci lengkuas >3 batang serai >15-20 tangkai cili kering >sedikit air Bahan-bahan untuk sangai: >1 sudu besar biji ketumbar >1 sudu kecil biji jintan putih >1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan untuk lain: >2 cawan minyak masak >1 kilo daging lembu >2 cawan santan cair >1 mangkuk santan pekat >1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu) >2-3 sudu besar kerisik >1-2 helai daun kunyit >2-3 helai daun limau purut >gula nisan atau gula melaka secukup rasa >garam secukup rasa *Cara Penyediaan*: 1-Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering. 2-Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai. 3-Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus). 4-Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus). 5-Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci. 6-Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau. 7-Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus. 8-Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak. 9-Masukkan daging. 10-Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit. 11-Masukkan santan cair. 12-Renehkan sehingga daging masak empuk. 13-Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat. 14-Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat. 15-Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 16-Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah. 17-Masukkan gula melaka @ gula nisan. 18-Last sekali masukkan garam secukup rasa. *Tips*: >Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap. >Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan. >Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.