Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak

Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak

Bahan A
-1 ekor ayam/ 1 kilo daging
-Santan (1 biji kelapa)
-4 helai daun kunyit (dihiris halus)
-Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B
-1 inci halia (dikisar)
-4 biji bawang merah (dikisar)
-10 biji bawang putih (dikisar)
-½ camca tepung kunyit
-1 sudu makan serbuk jintan putih
-1 sudu makan serbuk jintan manis
-2 batang serai (ditumbuk)
-Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara membuatnya
1.Cuci ayam/daging sampai bersih.Tos kan.  
2.Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.  
3.Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit.  
4.Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit.
5.Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.

6.Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping