Bahan-bahan Mushroom Soup: -300ml air -500ml susu segar -1 kiub ayam -1/2 sudu teh daun parsley -1/2 sudu teh serbuk lada hitam -1/2 sudu teh garam -1/2 cawan tepung gandum -1/2 sudu besar mentega -1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) Cara-cara: 1)Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam. 2)Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati. 3)Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi. 4)Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi. 5)Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih -Roti Gardenia -Bawang Putih -Mentega -Secubit garam (tak mau buh takpa) -Daun Parsley Cara-cara: 1)Tumbuk bawang putih 2)Gaul ke dalam mentega 3)Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati 4)Sapu ke atas roti 5)Dan bakar api atas bawah (oven) 6)Siap untuk dihidang…