Tom Yam Ala Thai Power

Resipi Tomyam Yang ‘Confirm’ Sedap! Lebih 18 Ribu Shares Di FB Tau!

Bahan-bahan :

Bahan A :

1. Ayam, potong kecil-kecil. Mahu tambah seafood macam udang dan sotong lagi sedap.
2. Sebiji bawang besar (hiris), mahu lagi sedap guna bawang holland.
3. 4 ulas bawang putih (ketuk).
4. 2 batang serai (ketuk dan hiris menyerong).
5. 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit, petua saya).
6. Lengkuas (hiris).
7. Cili padi (ketuk).
8. Akar ketumbar. (Rahsia sedapkan tomyam)
9. Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan).

Bahan B :

1. Pes tom yam
2. Pes cili thai.
3. Susu cair sejat.
4. Daun ketumbar (hiris). 


Cara Memasak :

1. Masukkan 2 liter air.
2. Kemudian masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.
3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan satu botol pes tom yam. Kalau guna pes botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar.
6. Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai. Kacau sebati.
7. Lepas itu, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Masukkan sayur.
9. Masak hingga sayur empuk.
10. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sebati. Terus tutup api.
11. Akhir sekali tabur daun ketumbar. Tidak perlu perah asam limau kerana pes sudah secukup rasa masam dia.



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping