Bahan-bahan:
3 sudu besar jus lemon segar
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar krim mustard
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar gula perang
2 sudu kecil serbuk kari ayam BABAS
500 gm udang sederhana besar
sos barbeku secukupnya
1 biji limau nipis untuk hiasan
Cara-cara:
1.Dalam bekas tupperware bersaiz sederhana, masukkan jus lemon, kicap manis,bawang putih, gula perang dan serbuk kari – gaulkan dengan sebati.
2.Masukkan udang, dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3.Tutupkan tupperware,masukkan tupperware bersama bahan perapan selama 1 jam.
4.Panaskan grill barbeku dan lumurkan sedikit minyak pada grill tersebut.
5.Keluarkan udang yang diperap bersama bahan tadi dan cucuk pada lidi sate.
6.Bakar sehingga udang masak.
7.Tuangkan sos barbeku ke atas udang yang telah masak tadi dan hidangkan bersama perahan limau nipis.
8.Sedia untuk dihidang.