Bahan-bahannya:
- 2 ekor sotong bersaiz besar..
- beberapa tangkai cili padi merah dan hijau,
- 1 biji tomato.(dipotong dadu)
- 5 ulas bawang putih .(dipotong dadu)
- 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- daun ketumbar (dihiris halus)
- sedikit perahan jus lemon.
- sedikit air sotong bakar .(sekiranya masa bakar sotong tadi ada keluar air)
-2 sudu sos ikan.
- air masak sedikit
-garam ,gula dan sebuk perasa ..
Cara-caranya:
PERTAMA: Bakar sotong.
- Bakarkan 2 ekor sotong kosong di atas Pan tanpa minyak.
- Bila sotong agak masak sedikit, kelarkan badan sotong tersebut. Bakar sehingga sotong dah masak.
KEDUA: Sos sotong bakar.
- Masukkan cili padi kedalam lesung batu, dan tumbuk sehingga hancur.
- Kemudian, masukkan bawang, tomato dan bawang putih yang telah dipotong dadu ke dalam lesung tadi. Dan kacaukan bersama cili yang telah hancur.
- Seterusnya, masukkan jus lemon, air sotong bakar, dan kacaukan sehingga sebati semua.
- Selepas itu, masukkan daun ketumbar kedalam bekas lesung dan gaulkan bersama.
- Masukkan dalam 2 sudu besar sos ikan dan juga sedikit air masak. Gaulkan bersama.
- Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Dan tuangkan diatas sotong bakar tadi.
Selamat Mencuba!😊
Sotong Bakar Ala Thai
← Older post Newer post →