Lasagna Mudah & Sedap

Lasagna Mudah & Sedap

Bahan-bahan untuk Lasagna
Bahan A (Inti) :
1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
200 gram ayam/daging kisar
200 gram sos spaghetti
1 sudu kecil herba campuran
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Lada benggala
Cara-cara :
Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam/daging cincang. Gaul rata.
Masukkan sos spaghetti.
Tambahkan herba campuran, oregano, lada hitam dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati.
Masukkan pula lada benggala. Gaul sehingga lada sedikit layu. Ketepikan.
Bahan B (Sos Putih) :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
3 keping keju cheddar
Sedikit garam
Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
Masukkan susu segar. Kacau sehingga mendidih.
Tambahkan cheese dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau sehingga pekat.
Bahan lain :
Mozarella cheese (parut)
Cheddar cheese (parut)
Kulit Lasagna
Cara Penyediaan Lasagna :
Letakkan kulit Lasagna ke dalam loyang sehingga menutupi keseluruhan dasar loyang.
Letakkan separuh inti di atas kulit Lasagna.
Masukkan pula sos putih. Ratakan di atas inti.
Taburkan cheese yang diparut secukupnya.
Ulang proses yang sama sehingga habis.
Bakar selama 30 minit pada suhu 180°c atau sehingga masak.
Nota:
Sos Putih tak perlu terlalu masin sebab inti dah masin.
Boleh tambah cendawan @ tomato di dalam inti.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping