Puding Caramel

Puding Caramel

Bahan-bahan:

Kuah Karamel
•6 sudu besar gula putih
•1 sudu butter
•2 sudu air masak

Puding
•1 kotak besar susu fresh
•7 biji telur size A
•Gula 4 sudu besar
•Essense vanila 1 sudu kecil
•Daun pandan jika mahu

Cara-cara
1.Panaskan kuali dan kemudian masukkan gula  dan air hingga agak cair. Campurkan mentega sedikit dan kacau rata. Apabila siap, letakkan di dalam bekas.
2.Tips : Nak bagi puding keluar cantik, sapukan butter sikit untuk bagi tak nak melekat bila terbalikkan nanti.
3.Untuk kuah pula, masukkan 1 kotak susu tu dalam periuk, gula, essence vanila dan telur yang dipukul. Tak perlu kembang apabila memukul telur.
4.Masukkan semua kacau dengan api perlahan sampai gula hancur. Masukkan dalam bekas yang dah siap dengan caramel tadi. Kemudian bakar. Lagi cantik tekstur dia.
5.Bakar dalam suhu 180 darjah celcius sampai keras lebih kurang 45 mini. Bakar dengan teknik waterbath. Dulang dalam dulang yang berisi air.

Tips: Nak bagi sedap letak secubit garam dalam susu tadi. Gula caramel pula jangan manis sangat. Biar bau macam hangit kopi sikit.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping