Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak

Bahan-bahan  >400gram daging – di belah dua memanjang >Garam secukup rasa untuk daging salai >2 batang serai - dibelah dua atau dititik >7 biji cili padi - diketuk >2 keping asam keping  >1 sudu kecil serbuk kunyit >1 helai daun kunyit >sedikit garam untuk masak lemak >2 cawan santan >2 biji cili merah – di belah empat >½ cawan minyak masak   Cara membuat  1. Mula-mula letakkan garam pada daging bersama sedikit minyak. Gaul rata dan bakar pada suhu perlahan iaitu 130c selama 30 minit.  Kemudian keluarkan dan hiris nipis. Ketepikan dahulu.  2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis serai bersama cili, asam keping, serbuk kunyit, daun kunyit dan sedikit garam sehingga wangi. Kemudian masukkan santan dan daging salai yang telah dipotong tadi. Kacau selalu di atas api yang perlahan sehingga kuah pecah minyak.   3.Dan daging salai masak lemak sedia untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi putih.  



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping