Bahan2: 1 mangkuk tulang ayam 1 kotak santan - jadikan 3 cawan santan 1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk 1 biji cili merah– potong 2 4 biji kentang – belah 4 1 biji karot- potong mancis 4 btg kacang panjang – potong 1 1/2 inci 1 biji terung bulat – belah 6 1 biji tomato – belah 4 3 sudu makan rempah kari daging 1 bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Sedikit garam Bahan dihiris 2biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia Cara Memasak: 1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak. 3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk. 4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.